Khamis, 27 Ogos 2009

Ramadhan di kampung saya

Assalamualaikum...hai?...nak kenal saya? saya Iqmal Aniq dari SK Beserah,Kuantan.Saya nak cerita tentang pengalaman saya di bulan Ramadhan tahun ini.Hari pertama puasa tahun ini jatuh pada hari pertama cuti sekolah.Pada mulanya mama dan papa tidak bercadang untuk pulang ke kampung tetapi oleh kerana bekalan air terputus dan dimaklumkan akan terus berlarutan maka kami terpaksa pulang juga.Yesss!Yess!bolehlah saya jumpa dengan sepupu saya yang sangat saya rindui iaitu Haqeem...Kalau nak tahu,Haqeem tak puasa pada hari itu lalu saya pun rasa sangat iri hati kerana saya rasa saya terpaksa berpuasa.mama dan papa saya yang suruh..alamak!teruknya saya.Mama selalu pesan,orang Islam diwajibkan berpuasa dan solat 5 waktu.okay lah..saya akan kuatkan semangat untuk cuba berpuasa selama sebulan pada tahun ini dan tak akan ponteng walaupun sehari..

bersambung...